Cuba kau katakan pada aku wahai siang
Bisa terbitkah cahayamu menerangi jiwa?
Cuba kau fahamkan aku wahai malam
Sepikah dia seperti aku?
Alam-alam dan kehidupan-kehidupan yang lain pergi
Menutup mulut sendiri, jangankan mahu bersuara
Melihat aku, mereka berpaling
Kenapa? Apa yang telah terjadi?
Dogma-dogma itu aku percaya
Disetiap buti kata
Peluru maksud membutakan mata
Sebab itu hati tak mahu memberi
Evolusi warna-warni berhidupkan elemen² sepi
Gunakan danda itu,
Pukul aku, biar aku tidak lagi buta
Biar aku tidak lagi alpa
Mari amalkan asabiyah dikalangan kita
Meski engkau tidak mahu bersatu sebagai cinta
Dekatkan dirimu dengan diriku
Sebagai peneman beradu
Kerana aku, bukan lagi aku
Epik ini aku cipta sekali
Sekali mungkin berubah dua kali
Tapi, bila cinta itu sudah mati
Pergilah mati jangan kembali
Maka berkuburlah sejarah² cinta
Biar ku jadi artifak warisan kurun yang akan datang
Bukan untuk dikenang perkara yang lepas
Tapi, biar untuk ku ingat, biar tersemat
Kenapa kau pisahkan aku mengikut kabilahmu?
Tanah kau pijak itu?
Khas kah buatmu?
Mungkin kah begitu?
Aku asyik bermazmur ditepi sendu
Sayu aku sayu,
Jangan tanyakan pada aku wahai Ibu
Anakmu mengenang nasibnya, jangan lah bimbang
Aku ini diintip
Diintip pengintip maut
Kenapa aku jadi sasaran?
Dan sekarang ku perlu tinggalkan pesanan
Biarkan aku bersemayam di istana duka ini
Biar aku mencari mimpi yang takkan jadi reality
Biar aku endiri lagi mengejar yang tak pasti
Biar aku bergini, mungkin aku memang begini
Kerana aku bukan siapa-siapa
Aku tidak terkenal, aku bukan bangsawan,
Jua bukan untuk dibenci