hari ini, teringin aku berbicara tentang hal si comel,
Affan Zubaer.
hensem woo.
ayah dia dtg untuk mengambil report card anaknya.
hensem jugak weh, no wonder la,
like father like son.
tatkala mendengar si ayah berbicara tentang anaknya dengan headmistress
kebetulan, aku juga berada disana
terdengar akan ceritanya
kata ayah ;
Si Ayah : Bagaimana yer reputasi anak saya?
HM : Si Affan anak yang cerdik, bijak ..cuma ...
Si Ayah : Ya Pn, saya mengerti, mungkin penyakit (autism) anak saya ini menganggu proses pembesarannya.
( aku terfikir², apakah autism itu ..aku cuba selidik)
" Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (pervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak.
Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkanmasalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun.
Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Autisme lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih.
Pada masa kini, autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan.
Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi perkembangan masa hadapan kanak-kanak. "
Si Affan ni berumur 5 tahun.
kerap berimaginasi dengan dunia nya sendiri.
hayal melayang².
yang paling aku pelik, dia jenis tak makan nya orang.
heylff ..
kesian si cilik sorg nie.
dia hanya minum susu dan tidak akan menyentuh makanan.
kadang² aku bertanya juga kepadanya.
Aku : Affan, jom makan
Affan : TAK NAKKKKKKK !!!!
(garang pulak tu)
Aku : Jom la, meh teacher suap.
(dia lari sejauh-jauhnya )
kesian Affan.
tapi, bila disurug mengaji, serta merta otak nya berfungsi pantas.
bayangkan, budak seusia 5 tahun itu, boleh hafal Surah Yasssin
(separuh daripada Surah tu)
Power seh.
Dan, yang paling aku tak mengerti
aku ada juga bertanya sesuatu padanya.
apa yang aku perkatakan.
itu jugaklah yang dia ulang kata² aku.
sampai aku dah takde idea nak borak apa dgn Si Affan tuh.
Kesian Si Ayah, merintih permasalahan anak tunggalnya.
:(
aku turut juga merasa sedih.
Kepada Affan, mungkin penyakit ini tak boleh diubati sayang,
Tapt sayang, kamu itu anak yg lucu, bijak lagi
semoga kamu bisa berjaya disuatu hari nanti.
Amiinn .....