BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 6, 2009

menunggu hari² berlalu kembali lagi



dilorong² itulah aku sempat berhenti sebentar
sekejap sahaja, seketika berfikir
yang gelapkah, yang terangkah
berjalan aku lagi ...................


warna - warna langit bertambah biru
haru sungguh
pening-pening menyusur arus
sakit kepala mengorak langkah
langit tetap biru
sayu kah?


yang tegap berdiri
hanya banggunan bertugu besi
runtuhnya hanya dinanti ....

kadang-kadang aku megah jalan sendiri
tak mahu aku pandang kanan dan kiri
tanpa sedar, aku sudah mati

tak ada yang lebih baik dari tabah
dari hujan bulan februari
itulah ...

cinta ini tidak berhasil
mahu aku bebas
tapi, sayapku belum pulih lagi

Ah ... ketika aku sedang mengalir air mata
sebenarnya aku masih peduli tentangnya
ketika dia tak mahu pedulikan aku
sebenarnya aku masih menunggukan dia
dan ketika dia sedang mencintai orang lain
aku masih bisa tersenyum
dan berkata ‘Aku turut berbahagia untuknya'

sungguh, aku tak tipu

cuma sedikit sayu !