BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 30, 2009

Minggu ke-2 Mendidik Anak²

SUATU WAKTU ITU
Anak-anakku, ayuh mengejar cita-citamu
(Minggu ke2)
30 JUN 2009

"-----------------------------------------------------------------------------------"

Jam 0730 sampai tadika, nyaman. Ada yang dah sampai, budak² bertempiaran. Bertenaga dan bersemangat.
Masuk ofis, terduduk jap terhayal. Kurang sihatlah aku arini.
Tapi, layankan aje. Dia antara student kesayangan aku.
Si Syaza, antara student pintar yang pertama menegur aku, katanya ;

syaza : teacher², teacher ape kabar?
aku : ok jer. sakit kepala sikit.
(sambil memeluk, dan pegang kepala aku ...)
syaza : kenapa teacher sakit kepala?
aku : cuaca agaknye.
syaza : kenapa dn cuaca?
aku : panas sepanjang masa
syaza : kenapa selalu panas?
aku : sebab selalu hujan.
syaza : kenapa selalu hujan?

()$@&*&%@*$!)(#*!)$_*!)($!_)(_$!*(!&*&(()!@*)$!*&$

(aku pimpin dia ke tempat duduknya ..malas nak melayan karenah dia dengan kepala sakit pagi² buta tu ... sorry sayang, bukan taknak layan, tapi ....)


ni lagi sorg, Irdina ..
kami berborak sebentar ..

Irdina : Teacher², kita nak dapat adik
Aku : Yeke? Baguslah. Laki² ke perempuan.
Irdina : Tak tahu lah teacher, tak tanya lagi
(dalam hati, nak tanya siapa? adik dia? hahaha ...)

Irdina : Teacher, kite nak tengok anak teacher.
(tiba² urat kepala aku cam nak putus ..) :D
Aku : Sayang, teacher belum kawen, mcmane nak ade anak?
Irdina : Teacher kawen la cepat, nanti kite tak dapat tengok anak teacher.
(dalam hati, mcmane la aku nak kawen nak dapatkan anak lak sebelum budak² ni graduate Novemer nanti. Nak pinjam anak sape eyk? )
Aku : Yela, nanti teacher kawen cepat² k. Teacher belum ada boyfriend, mcmane nak kawen?
Irdina : kenapa teacher takde boyfriend?
Aku : Takde sape nak teacher ..

Irdina gelak besar wei, perli aku ke pe. Hahaha
:D

Aduhai la sayang, pening melayan.
Tapi, die ni de rupa Nora Danish. Cantik siot
Favaorite stufdent aku, berusia 6 tahun.
Tapi nakal nye, Nauzubillah.





Arini tak tahu apesal, budak² ni agresif sangat.
Asek kene lanyak je dengan dorang. Sungguh, aku tak larat.
Apa tak nye, disuroh nye aku lawan dengan dorang ala ² BEN10 dan TRANSFORMER ..
Erghh ...
Aku sudah tua.
nasib baik la tak disuruh nya aku jadi SPIDERMAN.
kalau tidak, macam mana la aksi nak aku lakukan tu nanti.
hahahahaha ~

P E N A T

Maaf anak² ku ..
Hari ini, BUNTU !
tak dapat nak melayan karenah² lucu mu ..
sebenarnya, hati ini SAYU !

Waktu rehat duduk kat sudut tepi, lihat mereka beraksi ..
tak ada benda lain, TRANFORMER BEN10, TRANFORMER BEN10, TRANFORMER BEN10 ....
Tengah duduk² tu, budak² tu panggil.
Haaa ...

Nak jadikan aku mangsa lagi la tu.
Hahaha ...
Tak dapat der.
Berlari aku masuk ke bilik.
Mahu bersendiri.
SAKIT
Tiba waktu balik
Aku kemas² pe patut.
Bersalaman dengan mereka² yang patut ..
Aku berlalu ............

-----------------------------------