lokasi Tanjung Ipoh ...
tarikh 28062009 ...
mood SEPI ...
haaaaa, macam biasa, bekerja sambil melunaskan nafsu² ber"photoshot".
bertempat di Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, Seremban, Negeri Sembilan.
S E R O N O K ! ! !
tadi pagi driving ke Bukit Putus agak menyeramkan, sejuk lagi. Tengah² drive tu, aku asyik menikmati keindahan alam sambil layan lagu "Bengang" dari Akim. Well guys, he's got my attention lah. :D
Masyukkkk .....
Boleh plak tiba² tengah stim layan lagu, sekor beruk tua melintas. Saje je muka dia. Terkejut aku dibuatnya.
Aku ingat "Ju-On" mana lah duk merangkak tiba² atas jalan.
Kusss semangat. Lemah jantung aku.
haihh ...
Hari Ahad penuh kejutan ..............................
jam 1155 pagi
tempat Sudut belakang kerusi Si Kassim :D
Dalam kebisingan kelompok desa
Asyik berborak, asyik menghidang
Seorang kesana, seorang kesini
Aku seperti selalu
Jadi pemerhati ragam² manusia
Terlihat orang tua bergurau senda
berbicara bahasa mereka
bercakap tanpa henti
Begitulah mungkin aku
waktu tua yang menunggu ...
Dalam hilai tawa
memecah sunyi desa
aku masih terdengar
suara² halus menggegar
segenap jiwa raga
S A N U B A R I
Alahai
Dalam membelah hari Ahad yang penuh kejutan ni, hati sayu ...
Apa jua yang berlaku semalam
perlahan² aku cuba hapuskan
(sambil dengar lagu dari band Indo ; Kertas - Kekasih Tak Dianggap ...)
Siap nyanyi sama² dengan kawan aku, Ekin.
Hahaha .. Kin, macam biasa lah.
Kau jela yang larat melayan karenah aku ni.
thanks, buddy.
:)
Apalah nasib ini ................
Lepas tu, dapat jugak lah aku lepas geram apa yang tersirat dalam hati ni.
Karaoke beb ... Hahaha .............
Lagu Ella seh, saja je.
Boring kot.
:(
Hei guys, sapa ada resepi untuk jadi seorang yang berkeras hati?
kang, nak tanya mak aku,
dia buka kitab masak² dia kang
Hahaha .....
Tak terlayan aku weiii ..
:D
K E L A K A R !!!
jam 0130 petang
tempat Dapur Rumah Mak Mok
lepas dah melantak kat sudut khemah tu
makan makanan ala² Pakistan
Feuhh ........
Rezeki Tuhan
Syukur Alhamdulillah .......
(sambil dengar abg DJ putar lagu " My Valentine's")
best siot
Bila la agaknya giliran aku.
:D
Dalam keriuhan majlis ni,
tercari² aku ekdamaian yang lama tiada dalam diri
S E P I
Ermmm ...
Biarkan aja
Aku tak mahu lagi mencari
aku L E T I H
aku B O S A N